Date: Selasa, April 18, 2017

Pada 10 hingga 14 April 2017, International Construction Week 2017 telah berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre. Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR (CKM IPJKR) Malaysia telah diwakil oleh 2 orang pegawai untuk membuat pembentangan di Seminar Ecobuild Southeast Asia 2017 pada 12 April 2017.

Seminar tersebut bertemakan “Ke Arah Meningkatkan Kualiti dan Keselamatan Dalam Pembinaan”. Seminar Ecobuild SEA menawarkan platform kepada kepimpinan kerajaan, sektor swasta, pembuat dasar, pemimpin industri global serta pihak berkepentingan untuk berkongsi pespektif tentang kecekapan tenaga, industri pembinaan dan serta kemajuan dan pengurusan teknologi dalam membangunkan Negara.

Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan membentangkan kertas kerja bertajuk “Energy Management Systems in Government Buildings in Malaysia” manakala Dr. Norhayati binti Mat Wajid, Jurutera Mekanikal Penguasa membentangkan kertas kerja bertajuk “Energy Benchmarking for Government Buildings in Malaysia Towards Green Buildings Certification”.