Date: Jumaat, Disember 9, 2022

Satu pembentangan kertas kerja penyelidikan kolaborasi antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan Universiti Malaya (UM) bertajuk “Electronic Energy Benchmarking System (e-EBS) as Sustainability Tool for Public Buildings in Malaysia” telah dibuat di persidangan International Conference of Sustainable Renewable & Energy Efficiency 2022 di Bangi Resort Hotel, Bangi, Selangor pada 7 November 2022.

Kakitangan JKR yang terlibat dalam penyelidikan ini adalah Ir. Dr. Norhayati binti Mat Wajid, Ir. Ts. Faiz bin Fadzil serta Samsiah binti Omar dari CKM serta Ir. Dr. Abdul Murad bin Zainal Abidin dari Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE). JKR Malaysia.

Ir. Dr. Abdul Murad telah membuat pembentangan penyelidikan tersebut dan telah dianugerahkan sebagai pembentang terbaik. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada beliau serta kakitangan JKR yang terlibat dalam penyelidikan ini.