Date: Isnin, Julai 29, 2019

Satu kertas persidangan mengenai konteks pelaksanaan Pengurusan Nilai (VM) dalam projek pembinaan sektor awam khususnya di JKR Malaysia, telah dibentangkan oleh Sr Rohanis Ab Ghani (Juruukur Bahan Penguasa) iaitu Subject Matter Expert (SME) bidang VM dari Unit Pengurusan Nilai (UPN), Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB) di Persidangan Antarabangsa “Promoting and Extending VM Professional Services in Belt and Road Regions – Project Creation and Survival via VMpada 29 – 30 Jun 2019, yang telah berlangsung di Hotel Metropark Kowloon, Hong Kong iaitu berjudul:
 

“CONTEXTUALIZATION OF VALUE MANAGEMENT (VM) IMPLEMENTATION
IN THE MALAYSIAN PUBLIC CONSTRUCTION PROJECTS”

 

Pembentangan kertas oleh SME VM, JKR Malaysia tersebut adalah di atas jemputan oleh pihak pengajur utama Hong Kong Institute of Value Management (HKIVM) bagi mempromosi inisiatif VM di negara-negara Belt and Road Regions. Sesi pembentangan kertas  telah diikuti dengan sesi soal jawab (pada hari pertama) dan Bengkel Interaktif (pada hari kedua) iaitu dialog dan simulasi berkaitan metodologi VM di pelbagai negara yang terlibat. Para pembentang kertas dan delegasi antarabangsa adalah di kalangan pengamal VM dari pelbagai negara iaitu Hong Kong, Kuwait, Filipina, Pakistan, Sri Lanka, Malaysia, Netherlands, Iran, Brunei, Indonesia, dan lain-lain lagi. Selain Sr Rohanis, seorang lagi pengamal VM dari JKR Malaysia iaitu Puan Sharifah Muna Syed Murtadza (Arkitek Penguasa, UPN, CPAB) telah turut menyertai Persidangan / Bengkel Interaktif tersebut.

Tujuan utama platform antarabangsa ini adalah untuk meningkatkan promosi aplikasi VM dan juga perkongsian metodologi yang terkini, terutama di kalangan negara serantau Belt and Road Regions. Melalui pembentangan kertas dan sesi interaktif berkenaan, konteks pelaksanaan inisiatif VM oleh Kerajaan Malaysia khususnya di JKR telah memberi tanda aras bagi aplikasi VM dalam projek pembinaan di Sektor Awam. Persidangan ini juga telah mencetus potensi kolaborasi strategik bagi perkembangan inisiatif VM di kalangan negara yang terlibat.  

Berita bergambar  klik disini

(Laporan oleh: Unit Pengurusan Nilai, CPAB)