Date: Isnin, Ogos 1, 2016
Sebuah persidangan konkrit telah diadakan di University of Dundee, Scotland, UK pada 4hb hingga 6hb Julai 2016. Persidangan ini diadakan pada setiap 4 tahun sekali di University of Dundee. Penyertaan ke persidangan The 9th International Concrete Conference 2016 yang bertemakan ‘Environment, Efficiency and Economic Challenges for Concrete’ adalah dari kalangan pakar-pakar penyelidik serta pembekal, pengguna, pereka, kontraktor dan pelajar di bidang konkrit dari seluruh dunia. Sebanyak 105 kertas teknikal telah dibentangkan semasa persidangan yang berjalan selama 3 hari ini.
 
Tajuk-tajuk pembentangan kertas teknikal terbahagi kepada 6 tema: 
Theme 1: Recycling and Reuse
Theme 2: Waste Minimisation and Resource Efficiency
Theme 3: Low Carbon Cements and Concrete
Theme 4: Novel Smart and Multi-Functional Concrete
Theme 5: Durability, Serviceability and Reliability
Theme 6: Advances in Structural Modelling
 
Salah satu pembentang adalah dari Dr. Maziah Mohammad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Forensik Struktur dari Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur. Beliau telah membentangkan sebuah kertas teknikal bertajuk Bubble Structure, Stability and Rheology of Foamed Concrete yang merupakan excerpt dari thesis penyelidikan beliau semasa membuat penyelidikan di universiti yang sama. 
 
Maklumat mengenai persidangan boleh di capai melalui link ini :   http://www.ctucongress.co.uk/    dan abstracts kandungan kertas pembentangan boleh di capai melalui http://www.ctucongress.co.uk/cms/wp-content/uploads/2015/11/DundeeConferenceAbstractTimetableFINAL.pdf