Date: Rabu, Mei 19, 2021

Seluruh warga kerja Jabatan Kerja Raya Malaysia ingin mengucapkan Tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Haji Habbali bin Ibrahim, Pengarah Kanan Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia memangku Gred Utama B dengan dibayar elaun memangku ditukarkan ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia (Sektor Bangunan), Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) memangku Gred Utama B secara Khas Untuk Penyandang (KUP) dengan dibayar elaun memangku berkuatkuasa mulai 20 Mei 2021.

 

Semoga dengan pertukaran ini membuatkan Pengurusan Atasan lebih mantap dan memberi lebih kejayaan kepada Jabatan.

 

 

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Md. Ridzwan bin C. Chik Jurutera Awam Gred J54 di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kader) dan ditempatkan di Cawangan Pelaksanaan Projek ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (Kader) sebagai Pengarah di Bahagian Konsultatif dan Referal Teknikal, Unit Penyelarasan Pelaksanaan memangku Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuatkuasa mulai 20 Mei 2021.

 

Tahniah diucapkan kepada YBrs. Ir. Maria binti Marcus Pengarah Gred J54 di JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditukarkan ke Cawangan Kerja Keselamatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia sebagai Pengarah memangku Gred Utama C dengan dibayar elaun memangku berkuatkuasa mulai 20 Mei 2021.