Date: Jumaat, Oktober 12, 2018

Sukacita dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah meluluskan pelantikan secara pertukaran sementara YBRS. MAT ROSLY BIN MAT DAUD sebagai SETIAUSAHA BAHAGIAN GRED UTAMA (C) DI BAHAGIAN PERANCANG JALAN KEMENTERIAN KERJA RAYA mulai 15 Oktober 2018.

Seluruh warga JKR mengucapkan tahniah di atas pelantikan tersebut. Sesungguhnya dengan pelantikan ini pastinya menjadi pendorong kepada tuan untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, profesional dan berintegriti seterusnya mengharumkan nama Jabatan.