Date: Selasa, November 19, 2024

Pada 5-7 November 2024 yang lalu, telah berlangsungnya 12th Malaysian Road Conference & Exhibition and 5th International Road Federation Global Asia-Pacific Regional Congress di World Trade Center, Kuala Lumpur. Bertemakan “Driving Innovation for Better Roads”, persidangan ini menjadi sebuah platform perkongsian idea, penyelidikan, dan teknologi terkini dalam kejuruteraan jalan. Persidangan ini telah dihadiri 1000 peserta dari dalam dan luar negara yang mendapat pelbagai manfaat. Sebanyak 106 kertas kerja dibentangkan oleh pembentang tempatan dan antarabangsa dalam 10 sub-bidang kejuruteraan jalan raya.

Semasa persidangan tersebut, Ir. Eliyani Yazreen Binti A.Rani, Jurutera Awam Kanan dari Bahagian Kejuruteraan Forensik, Cawangan Jalan, JKR Malaysia telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Towards A Better Road: Blackspot Countermeasures in Malaysia”. Kertas kerja ini telah memenangi tempat kedua dalam Anugerah Kertas Teknikal Terbaik 2024 dan telah disampaikan oleh YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya pada majlis penutup persidangan kali ini.

Tahniah dan syabas diucapkan. 

#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat