Program Pementoran Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi tahun 2019 telah dilaksanakan dalam kalangan pegawai skim J41 lantikan baru. Seramai 63 orang pegawai lantikan baru J41 telah dipilih untuk dibimbing oleh 62 orang mentor daripada 22 Cawangan dan 13 JKR Negeri bagi mengikuti program pementoran JKR selama 6 bulan bermula dari 19 Mac 2019 hingga 19 September 2019.
Anugerah Mentor Menti Cemerlang JKR adalah merupakan inisiatif JKR bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan yang terbaik yang telah diberikan oleh pasangan mentor dan menti sepanjang pelaksanaan program ini selama 6 bulan. Seramai 26 pasangan mentor dan menti telah bertanding di Anugerah Mentor-menti Cemerlang Tahun 2019. Disamping itu, Anugerah Penyelaras Terbaik Program Pementoran JKR juga mula diperkenalkan pada tahun 2019 bagi menghargai sumbangan Penyelaras pementoran JKR dalam memastikan program ini berjalan lancar.
Majlis Anugerah Mentor-menti Cemerlang JKR Tahun 2019 telah diadakan pada 28 Julai 2020. Anugerah telah disampaikan oleh YBrs Puan Mastura Binti Shaari, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Jabatan Kerja Raya.
Pemenang Anugerah Mentor Menti Cemerlang JKR Tahun 2019 dan Penyelaras Pementoran Terbaik JKR Tahun 2019 adalah:
TEMPAT PERTAMA
CAWANGAN ARKITEK
Ar. NORAZREEN BINTI MOHAMAD NOR (MENTOR)
PUAN NURUL SABANUN BINTI ZAINI (MENTI)
TEMPAT KEDUA
CAWANGAN KEJURUTERAAN CERUN
Ir. WARDATUN AHMAR BINTI ABDUL MANAN (MENTOR)
ENCIK UTAYA KUMAR A/L VEELMURUGAN (MENTI)
TEMPAT KETIGA
CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN
Sr. DR. SYAMILAH BT YACOB (MENTOR)
PUAN NOR HASNIZA BINTI MOHD NADZRI (MENTI)
ANUGERAH PENYELARAS PEMENTORAN TERBAIK TAHUN 2019
PUAN NOORHAFIZA BINTI MIOR MOHD TAHIR
PENYELARAS PEMENTORAN TAHUN 2019
CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN
Dalam program yang sama turut diadakan majlis penyampaian Anugerah Pegawai Contoh CDPK bagi bulan Julai hingga Disember 2019. Pemenang-pemenangnya adalah:
KATEGORI PEGAWAI PENGURUSAN DAN PROFESIONAL, GRED 41 HINGGA GRED 44:
PUAN WAN SITI FAEZA BINTI WAN ISMAIL
JURUTERA AWAM GRED J44
BAHAGIAN PEMBANGUNAN SKIM KEJURUTERAAN
KATEGORI PEGAWAI PELAKSANA, GRED 40 DAN KE BAWAH:
ENCIK MOHD FIRDAUS BIN ZULKEPLI
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA29
BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Tahniah diucapkan kepada penerima-penerima Anugerah Mentor-menti Cemerlang tahun 2019 dan syabas di atas sumbangan dan prestasi cemerlang Pegawai Contoh CDPK. Semoga anugerah ini memberi inspirasi kepada warga CDPK khusunya dan JKR amnya untuk lebih cemerlang, terbilang dan gemilang.
- 1716 bacaan