Date: Khamis, Februari 22, 2024

Jabatan Kerja Raya (JKR) di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia ingin berkongsi pencapaian pelaksanaan projek-projek Kerajaan Persekutuan yang merangkumi projek fizikal pembinaan, projek fizikal penyelenggaraan (kerja senggaraan dan projek Pemulihan, Pemuliharaan, Ubahsuai dan Naiktaraf (PPUN)) dan lain-lain pencapaian dalam RMKe-12 sehingga 31/12/2023.

Taburan pelaksanaan projek dan pencapaian di JKR ini diperolehi hasil usahasama pelbagai pihak dengan membawa kepada perubahan positif pada pandangan masyarakat dan menaikkan imej Negara di peringkat antarabangsa. KKR dan JKR akan terus menggembleng usaha dan tenaga melalui reformasi substantif sektor pembinaan negara seiring dengan rukun MADANI.