Date: Jumaat, Jun 22, 2018

Adalah dimaklumkan Bahagian Komunikasi Korporat, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (BKK, CDPK) telah membuat cetakan kedua Buku Maklumat Asas JKR. Jutaan terima kasih diucapkan kepada editor – editor daripada Bahagian dan Cawangan Ibu Pejabat JKR yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penerbitan buku ini.
 
Secara keseluruhannya, isi kandungan Buku Maklumat Asas telah dimurnikan bertujuan sebagai rujukan segera kepada pegawai – pegawai JKR untuk membolehkan capaian fakta yang cepat dan tepat dalam menjalankan tugas seharian.

Klik di sini untuk memuat turun BUKU MAKLUMAT ASAS. Selain itu, Buku Maklumat Asas versi digital (pdf) juga boleh dimuat turun di pautan berikut;

DOKUMENTASI ---> GARIS PANDUAN, MANUAL & DOKUMEN ---> DOKUMEN TEKNIKAL

Terima kasih.

URUSETIA BUKU MAKLUMAT ASAS 
BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT 
CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT
IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA