Date: Khamis, Januari 4, 2018

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN

Sukacita dimaklumkan edisi ke-5 Jurnal JKR iaitu bagi tahun 2017 telah berjaya diterbitkan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada warga JKR yang telah menyumbangkan kertas kerja bagi edisi kali ini, termasuklah pegawai dari Kumpulan Pelaksana yang telah berjaya membentangkan kertas kerja di persidangan antarabangsa. Ini adalah satu perkembangan yang sangat positif dan amat dialu-alukan oleh jabatan.  Sekalung tahniah diucapkan kepada beliau dan pihak kami berharap lebih ramai warga JKR tanpa mengira gred dan jawatan dapat menyumbang kertas kerja untuk dimuatkan dalam edisi jurnal yang akan datang.

Secara keseluruhannya, jurnal pada kali ini mengandungi 13 kertas kerja warga JKR dalam pelbagai bidang kejuruteraan dan pengurusan. Maklumat yang terkandung dalam kertas kerja jurnal ini bolehlah dijadikan panduan atau sumber tambahan dalam meningkatkan ilmu pengetahuan para pembaca. Seperti kebiasaannya, edisi jurnal pada kali ini turut diedar kepada semua jabatan teknikal kerajaan, semua institusi pengajian tinggi awam dan agensi-agensi kerajaan lain yang berkenaan.

Jurnal ini kini boleh dipinjam dari Perpustakaan JKR di Tingkat 16, Blok F, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Terima kasih.

Ketua Sidang Redaksi Jurnal JKR,
b.p. Pengarah, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat