Date: Rabu, March 30, 2016

Jurnal JKR Bil. 3(2015) kini telah diterbitkan dan ianya boleh dipinjam dari Perpustakaan JKR di Tingkat 16, Blok F, Ibu Pejabat JKR. Penerbitan JURNAL JKR Bil.3 (2015) ini adalah merupakan kesinambungan dari edisi pertama dan kedua JURNAL JKR pada tahun 2013 dan 2014 dahulu. Jabatan berharap JURNAL JKR Bil.3 (2015) ini akan memberi manfaat kepada para pembaca untuk meningkatkan pengetahuan dan menjadi cetusan idea yang positif kepada seluruh warga JKR bagi menghasilkan kertas kerja dan penyelidikan pada masa akan datang.

(Sila Klik Sini JURNAL JKR JKR Bil.3 (2015))