Date: Rabu, March 15, 2017
Adalah dimaklumkan bahawa berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 "Rasionalisasi Skim Perkhidmatan", inisiatif keutamaan diberikan kepada pegawai profesional yang berdaftar dengan Badan Profesional yang diiktiraf sebagai salah satu kriteria tambahan untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat ke jawatan Gred J52 dan J54 mulai 1 Julai 2016.
Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam dalam mesyuaratnya Bil 1 Tahun 2017 pada 23 Februari 2017 telah bersetuju dengan penetapan semula wajaran prestasi bagi urusan kenaikan pangkat seperti berikut:
LNPT 3 Tahun (70%) + Temuduga (25%) + Kelayakan Profesional (5%)
Senarai kelayakan yang diiktiraf oleh Badan Profesional Malaysia adalah termasuk Arkitek Profesional Berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia, Jurutera Profesional oleh Lembaga Jurutera Malaysia dan Juruukur Bahan Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia.
Jabatan juga berhasrat untuk meningkatkan peratusan wajaran kelayakan profesional bagi tujuan pemangkuan mulai tahun 2019 seperti berikut:
LNPT 3 Tahun (70%) + Temuduga (20%) + Kelayakan Profesional (10%)
Sebarang pertanyaan berhubung surat ini boleh diajukan kepada Pn. Sharifah Rafizah binti Syed Husin di talian 03-2618 8625 atau Puan Norasna binti Omar di talian 03-2618 8631.
(Sila Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut)
- 1357 bacaan