Date: Selasa, Februari 28, 2023

Bahagian Pengurusan Korporat dan Strategik (BPKS), CDPK dan Kelab Sukan dan Kebajikan CDPK dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah pada 27 Februari 2023 (Isnin), bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 3.00 petang. Sebanyak 99 beg darah berjaya dikumpul melepasi sasaran, hasil daripada kerjasama para penderma darah yang terdiri daripada warga JKR dan penghuni, antaranya pihak Pengurusan Bangunan dan Pengawal Keselamatan.

Program murni ini dilaksanakan sebagai salah satu usaha untuk membantu PDN meningkatkan stok bekalan  di hospital Kerajaan. Hebahan bagi menjayakan program kempen ini telah diadakan sebulan lebih awal dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan oleh warga JKR yang sangat prihatin ke atas situasi semasa, iaitu membantu menderma darah kepada mereka yang memerlukan.

Kempen ini turut diserikan dengan gimik serahan blood bag oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, disaksikan oleh YBrs. Tuan Sr. Amran bin Haji Abdul Majid, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) dan YBhg. Dato’ Ir. Haji Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat (CDPK) kepada Pegawai Perubatan bertugas sebagai simbolik kerjasama sosial dari JKR Malaysia.

Tahniah dan syabas kepada penganjur dan semua hero yang tampil menderma darah!