Date: Jumaat, November 4, 2022

Dengan segala hormatnya dimaklumkan sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah Yang Ke-66 pada tahun ini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan berkenan menganugerahi YBhg. Dato’ Ir. Hj. Zulkipli bin Hj. Nasri KURNIAAN DARJAH DATO’ PADUKA MAHKOTA PERAK (D.P.M.P) yang membawa gelaran DATO’ berkuatkuasa 4 November 2022.

Istiadat penganugerahan ini diadakan pada 14 Mac 2023 (Sabtu) jam 8.30 pagi bertempat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak.

Penganugerahan ini ialah tanda pengiktirafan atas khidmat bakti dan jasa yang telah YBhg. Dato’ Ir. Haji Zulkipli bin Haji Nasri sumbangkan kepada negara, khususnya kepada negeri Perak dan mengharumkan nama negeri Perak Darul Ridzuan serta Jabatan.

Seluruh warga JKR turut merasa bangga di atas penganugerahan ini. Tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Ir. Hj Zulkipli bin Hj. Nasri.