Date: Selasa, Ogos 23, 2022

Ucapan setinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) Malaysia, di atas penganugerahan Felo Kehormat (Honorary Fellow) oleh Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia atau Institute Value Management Malaysia (IVMM) yang dianugerahkan mulai pada 16 Jun 2022.

 

Anugerah tersebut merupakan pengikitirafan dan penghargaan di atas penglibatan YBhg. Dato’ Seri KPKR di dalam pembangunan dan pelaksanaan metodologi Pengurusan Nilai (Value Management - VM) bagi program dan projek Kerajaan semenjak tahun 2010 atau mulai Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10). Penglibatan dan sokongan YBhg. Dato’ Seri KPKR terhadap pelaksanaan VM di dalam Sektor Awam telah menjangkaui satu dekad semenjak perkhidmatan beliau di Seksyen Pengurusan Nilai (SPN), Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang berterusan sehingga kini di Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

 

Satu majlis (gambar foto) bagi penyampaian Anugerah Felo Kehormat tersebut telah disempurnakan oleh Presiden IVMM, YBhg. Dato’ Ir. Abdul Nasir bin Abdul Razak kepada YBhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, pada 10 Ogos 2022 (Rabu) di Pejabat KPKR Malaysia. Majlis ringkas tersebut turut dihadiri oleh Penasihat 2 dan Mantan Presiden IVMM, Tuan Haji Khairazan bin Hj. Mansoor Roosnam-Damha, Timbalan Presiden Sr Dr. Rohanis binti Ab Ghani, Setiausaha Puan Sharifah Muna binti Syed Murtadza dan Pengarah Pembangunan Profesional Ir. Mukhzani binti Abd. Latif. Seluruh Ahli Majlis dan ahli IVMM turut berbesar hati dan mengucapkan setinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Seri KPKR diatas penganugerahan tersebut.