Date: Khamis, Januari 4, 2024

Sekalung tahniah diucapkan kepada Ir. Dr. Mardhiyah Syahida binti Berhanuddin, Jurutera Awam Gred J44 di Bahagian Pengurusan Projek Kompleks,  Cawangan Perancangan Aset Bersepadu atas penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (Kejuruteraan Awam) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkuatkuasa 30 Oktober 2023. Beliau memfokuskan kepada kajian utama dalam bidang "enhanced composite" dan bidang-bidang lain yang berkaitan dengan kajian seperti "materials" dan "wastewater resources".

 

Semoga penganugerahan ini akan menjadi pendorong kepada warga kerja JKR yang lain untuk sama-sama meningkatkan kompetensi dan seterusnya memberi sumbangan ke arah kecemerlangan JKR.

phd