Date: Isnin, November 13, 2023

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Bismiazan Bin Abd. Razak, Arkitek dari Bahagian Senibina Keselamatan, Cawangan Arkitek kerana telah berjaya menyempurnakan pengajian Ph.D dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D in Architecture) dengan anugerah Graduate On Time (GOT) berkuatkuasa 25 Oktober 2023 oleh Mesyuarat Senat Universiti Kebangsaan Malaya (UKM) ke-502.

Beliau telah melaksanakan pengajian Ph.D secara sepenuh masa bermula pada September 2019 sehingga September 2022. Tajuk tesis yang dihasilkan adalah ‘Reka Bentuk Tingkap Bagi Meningkatkan Keselesaan Termal Sel Lokap Polis Di Raja Malaysia’ (Window Design for Thermal Comfort Improvement of Royal Malaysia Police Lockup Cell).

Tahniah dan syabas diucapkan. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi dan pemangkin kepada warga JKR untuk sama-sama meningkatkan kompetensi masing-masing.