Date: Khamis, Februari 4, 2021

Apresiasi sumbangan dan jasa bakti YBrs. Ir. Mohd Faizul bin Mohd Ali Hanapiah sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Jurutera Daerah (MTJD) yang berlangsung pada pagi ini 4 Februari 2021 bertempat di Aras 33 Blok G Menara Kerja Raya Malaysia. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia sebagai penghargaan jabatan di atas perkhidmatan cemerlang yang disumbangkan oleh Ybrs. Ir. Mohd Faizul bermula 21 Februari 2019 sehingga 1 Februari 2021.