Date: Jumaat, Januari 26, 2018

Pengiktirafan Antarabangsa Kerja-kerja Konservasi Oleh JKR (Projek Konservasi Dan Pemuliharaan Mural Dewan Bahasa Dan Pustaka) Melalui Artikel Professor Dr. A Ghafar Ahmad, USM Dalam Penerbitan ACCU Nara International Correspondent Vol. 19, Asia-Pacific Cultured Centre for UNESCO (ACCU)

Link penerbitan: http://www.nara.accu.or.jp/activities/img/dissemination/19th.pdf

Muka surat 23-29

Projek JKR sekali lagi telah diiktiraf melalui kertas kerja di peringkat antarabangsa oleh pakar konservasi yang terlibat dengan Projek Konservasi Dan Pemuliharaan Mural Dewan Bahasa Dan Pustaka, Professor Dr. A Ghafar Ahmad daripada Universiti Sains Malaysia, yang diterbitkan dalam ACCU Nara International Correspondent Vol. 19, Asia-Pacific Cultured Centre for UNESCO (ACCU). Kertas kerja ini telah memperincikan kerja-kerja konservasi dan pemuliharaan mural bangunan berkenaan yang dilaksanakan oleh JKR.

Untuk makluman, JKR telah menerima permohonan daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk bantuan perkhidmatan perundingan JKR bagi Projek Pembangunan Semula Bangunan Lama DBP Kuala Lumpur. Bangunan DBP ini merupakan bangunan yang telah dikategorikan sebagai Bangunan Warisan Kebangsaan dan semua pembangunan yang ingin dilaksanakan adalah tertakluk kepada Akta Warisan Kebangsaan 2005. Bangunan lama DBP ini juga telah diwartakan sebagai bangunan warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 pada 12 November 2012.

JKR telah diberi kepercayaan melaksanakan projek tersebut bermula dari peringkat perancangan sehingga siap sepenuhnya dengan menggunakan kaedah Konvensional (Perunding Arkitek). Di antara skop pelaksanaan projek tersebut adalah seperti berikut:

a)    Laporan Kajian Dilapidasi.

b)    Menyediakan Terma-Terma Rujukan Bagi Perunding dengan bantuan pihak Jabatan Warisan Kebangsaan yang boleh dijadikan panduan dalam melaksanakan Kerja-Kerja Konservasi Bangunan Warisan.

c)     Melantik pegawai konservasi dalam pasukan projek dan memajukan lukisan konsep rekabentuk terkini.

d)    Mengadakan Pembentangan mengenai Lukisan Konsep dan Susun Atur Pembangunan Semula Bangunan DBP.

e)    Melaksanakan kerja-kerja untuk Ujian Bahan (Material Testing) di bangunan lama DBP bagi mengetahui komposisi bahan binaan sedia ada yang digunakan di bangunan tersebut yang melibatkan kerja-kerja pemuliharaan mural.

f)      Menyelaraskan skop terutama keperluan muzium dan kerja pemuliharaan yang perlu mendapat kelulusan konservator kontraktor.

g)    Pembentangan Lukisan konsep terkini yang telah mengambilkira keperluan semua bomba & keperluan muzium) secara menyeluruh berdasarkan kepada garis panduan terkini yang telah ditetapkan oleh pihak PBT dan agensi kerajaan yang berkaitan.