Majlis Wacana Perkongsian Ilmu dan Majlis Pengiktirafan Konservator Berdaftar 2018 anjuran Jabatan Warisan Negara (JWN) telah diadakan pada 12 April 2018 di Hotel Bangi Putrajaya, Bandar Baru Bangi, Selangor. Majlis telah dirasmikan dan disempurnakan oleh KSU Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Seramai lima (5) orang Arkitek dari Jabatan Kerja Raya Malaysia telah diberi pengiktirafan sebagai Konservator Berdaftar. Arkitek yang terlibat adalah Ar. Saiful Fazli bin Ramli, Dr. Mohd Sabere bin Sulaiman, Ar. Suzana binti Amat, Pn. Nora Liza binti Mohd Khalid dan Ar. Zainal bin Mat Rais.
Jabatan mengucapkan tahniah diatas pencapaian dan kelayakan diperolehi dan diharapkan dengan pengiktirafan ini dapat meningkatkan lagi usaha membantu jabatan mencapai misi dalam memacu pembangunan JKR ke arah kelestarian di masa hadapan melalui konservasi dan warisan.
- 2702 bacaan