Date: Selasa, Januari 7, 2020

Pada 12 Disember 2019 (Khamis), Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia (Institute Value Management Malaysia – IVMM) telah mengiktirafkan Pensijilan Certified Value Manager (CVM) kepada Puan Sharifah Muna binti Syed Murtadza dan Ir. Mukhzani bin Abd Latif. Pengiktirafan berkenaan telah disampaikan sempena Mesyuarat Agung Tahunan IVMM kali ke-18 yang bertempat di Rumah Kelab, Persatuan Alumni Universiti Malaya. Kedua-dua pegawai ini merupakan pegawai dari Unit Pengurusan Nilai (UPN), BPPK, CPAB, JKR Malaysia. Pengiktirafan kedua pegawai tersebut telah menambah bilangan pegawai sektor awam yang diiktirafkan Pensijilan CVM oleh IVMM berkenaan.

Pengiktirafan Certified Value Manager (CVM) ini merupakan pensijilan tahap tertinggi yang dapat dicapai melalui IVMM kepada pengamal Value Management (VM) yang telah menunjukkan tahap pengalaman dan pengetahuan tahap pakar dalam amalan Pengurusan Nilai. Tujuan utama Pensijilan CVM ini adalah untuk mengiktirafkan kelayakan dan kepakaran seseorang Pengurus Nilai dalam mengetuai dan mengurus Kajian VM secara efektif dan efisien serta menyumbang kepada pembangunan metodologi dan profesionalisme VM.

Pada majlis yang sama IVMM turut melancarkan dokumen Value Management Competency Standard (VMCS) yang memperjelaskan struktur amalan VM, kerangka kompetensi VM dan menanda aras profesionalisme VM. Pembangunan dan penerbitan VMCS ini diketuai oleh Sr Rohanis binti Ab Ghani (SME VM JKR) bersama sidang pengarang yang dilantik oleh IVMM.

Dalam perkembangan berkaitan, Mesyuarat Agung Tahunan IVMM tersebut telah memilih 5 orang pegawai dari JKR Malaysia sebagai Ahli Majlis IVMM bagi Sesi 2019 - 2021 (Pegawai yang dipilih: Sr Rohanis binti Ab Ghani, Sharifah Muna binti Syed Murtadza, Sr Nurhayati binti Abu Seman, Ir Mukhzani bin Abd Latif, Zulfatah bin Ibeni @ Zakaria). Tahniah dan syabas  kepada penerima pensijilan CVM dan pegawai yang telah dipilih sebagai Ahli Majlis IVMM.


Pengiktirafan CVM Oleh IVMM Kepada Syarifah Muna Syed Murtadza


Pengiktirafan CVM Oleh IVMM Kepada Ir. Mukhzani Abd Latif


Pelancaran VMCS Pada Mesyuarat AGM IVMM Kali Ke 18


Lantikan Ahli Majlis IVMM Bagi Sesi 2019 - 2021