Date: Isnin, Disember 19, 2016
Garis Panduan Penyediaan Rancangan Malaysia Kesebelas, 2016-2020: Prospek Ekonomi, Teras Strategik Dan Penyediaan Projek Pembangunan yang telah dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi (UPE) telah menetapkan keperluan untuk semua Agensi Kerajaan menggunakan Pre-Approved Plan (PAP) bagi bangunan Kerajaan yang telah disediakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk projek RMKe-11.Syarat ini adalah mandatori untuk dipatuhi oleh semua Agensi Kerajaan.
1PP/PK1 telah menetapkan agar semua kementerian/agensi memastikan semua projek kerajaan hendaklah dilaksanakan menggunakan kaedah IBS dan mana-mana pengecualian ke atas 1PP tersebut hendaklah diperolehi terlebih dahulu secara rasmi daripada Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR).

(Untuk maklumat lanjut, sila Klik Untuk Muat turun Surat “PENGUATKUASAAN KE ATAS PERATURAN BERKAITAN PRE-APPROVED PLAN (PAP) DAN INDUSTRIALISED BUILDING SYSTEM (IBS) BAGI PROJEK KERAJAAN”)
- 2571 bacaan