Date: Selasa, Ogos 2, 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa JKR berhasrat untuk menerbitkan Jurnal JKR Bil.4(2016) dalam masa yang terdekat. Sehubungan itu, sidang redaksi JURNAL JKR mengalu-alukan kepada semua warga JKR untuk menyumbangkan kertas kerja/artikel yang telah dibentangkan di mana-mana persidangan sama ada di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa di antara tahun 2013 sehingga 2016 dan menyerahkannya kepada sidang redaksi JURNAL JKR untuk pemilihan selanjutnya.
 
Kertas kerja/artikel yang hendak disumbangkan mestilah di dalam bentuk softcopy dengan format MS Word dan dikemukakan kepada Pn. Nurul Haryani binti Razali di alamat emel Nurulharyani.jkr [at] 1govuc.gov.my (link is external). Jika terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut di atas, tuan/puan bolehlah berhubung terus dengan beliau di talian 03-2610 7943.