Tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya kerana telah disenarai pendek untuk calon Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2022 bagi Kategori Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Awam. Anugerah ini memberi pengiktirafan tertinggi kepada individu yang menyandang jawatan tertinggi dan mempunyai rekod yang cemerlang dalam keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat organisasi, negara mahupun antarabangsa.
Pemilihan ini berdasarkan prestasi semasa JKR Malaysia dalam merealisasikan amalan KKP dalam jabatannya sendiri dan sesi penilaian telah dilaksanakan pada 26 September 2023 oleh barisan panel dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) yang diketuai oleh YBrs. Tuan Bahrudin Bin Mamat yang juga merupakan Timbalan Ketua Pengarah ( Keselamatan Pekerjaan). Panel lain yang turut hadir adalah Ir. Zamzurin Bin Maarof, Pengarah JKKP Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Ir. Mohamed Haffis bin Mohossain Molla mewakili Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH). Selain itu, YBhg. Ir. Ts. Dato’ Hj. Masri bin Baharuddin dan Ir. Hj. Abdul Rani bin Harun turut sama mengiringi YBhg. Datuk KPKR semasa sesi penilaian tersebut.
Adalah menjadi harapan kita semua agar kedua-dua kategori yang telah dicalonkan hingga ke peringkat akhir oleh NCOSH iaitu Anugerah KKP Negara bagi kategorii Perkhidmatan Awam dan Badan Berkanun serta Kategori Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Awam akan dapat menobatkan kita sebagai pemenangnya nanti. Pencapaian yang kita perolehi sehingga kini akan sentiasa mencetus semangat juang dan inspirasi kepada warga JKR untuk membudayakan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat kerja sama ada di premis mahupun di tapak bina pada tahap yang terbaik selaras dengan konsep kemampanan Malaysia Madani pada hari ini.
- 1173 bacaan