Date: Rabu, Januari 18, 2023

Had laju Jalan Persekutuan di seluruh negara akan dikurangkan daripada 90km/j kepada 80km/j berkuat kuasa mulai 18 Januari 2023 hingga 27 Januari 2023 berdasarkan Ops Bersepadu sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2023.

Pewartaan pengurangan had laju sementara ini merupakan antara langkah-langkah keselamatan dan pemantauan yang diambil Kerajaan bagi meningkatkan keselamatan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya yang kerap kali berlaku pada musim perayaan.

Antara Langkah-langkah yang diambil:

  • Melaksanakan kerja penyenggaraan rutin lebih awal dan disiapkan sebelum Ops Bersepadu dilaksana, kecuali kerja menampal pothole, kecemasan dan kritikal;
  • Melaksanakan rondaan menyeluruh bagi tujuan pemantauan berkaitan kerosakan jalan dan kemalangan sepanjang tempoh Ops Bersepadu.