Syabas diucapkan di atas penyampaian Ucaptama oleh YBhg. Dato’ Seri Ir. Hj. Mohamad Zulkefly Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) Malaysia semasa penganjuran The Malaysian Value Management Summit (MVMS) 2022 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Pengurusan Nilai Malaysia atau Institute Value Management Malaysia (IVMM) di platform maya pada 18 Ogos 2022. MVMS 2022 yang julung kali dianjurkan di Malaysia telah dirasmikan oleh YB. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Ucaptama yang telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Seri KPKR bertajuk “Value Management (VM) Evolution in the Malaysian Public Construction Projects” adalah selaras dengan Tema MVMS 2022 iaitu “Innovative Resilience Through Value Strategy”. Ucaptama tersebut telah disampaikan kepada hampir 300 orang peserta MVMS 2022 yang terdiri dari kalangan Pengurus Nilai, Fasilitator VM, Pegwai Kerajaan, pelbagai ahli professional dan pemain industri dari Sektor Awam dan Swasta, serta ahli akademik, pelajar dan penyelidik berkaitan bidang VM.
JKR Malaysia telah dilantik sebagai Penganjur Bersama MVMS 2022 oleh IVMM yang telah melibatkan kolaborasi di antara kedua-dua pihak dan kerjasama yang telah diberikan oleh 12 orang Pegawai JKR Malaysia sebagai Jawatankuasa Penganjuran MVMS 2022 yang dipengerusikan oleh Sr Dr. Rohanis Ab Ghani (SME VM). Selain JKR Malaysia, Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM), dan Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) Malaysia turut terlibat di dalam penganjuran bersama MVMS 2022 tersebut.
- 1762 bacaan