Date: Jumaat, November 20, 2020

Pada 3hb November 2020, Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato’ Ir Zulkefly bin Sulaiman telah berpeluang menyerahkan Dokumen Pelan Strategik kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Zuki bin Ali. Penyerahan ini adalah simbolik kepada komitmen Jabatan Kerja Raya dalam meningkatkan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan jabatan kerajaan. Diharapkan dengan komitmen ini, Pelan Strategik JKR 2021-2025 akan menjadi tunjang bagi JKR melakar kejayaan yang lebih cemerlang dan mampu menjadi salah sebuah agensi teknikal utama bertaraf dunia di masa akan datang.