Date: Jumaat, November 10, 2023

10 November 2023 - Pada hari ini telah berlangsungnya sesi Penyerahan Kertas Resolusi Majlis Tindakan Jurutera Daerah (MTJD) yang dinamakan sebagai TEKAD MTJD 2023-2024 Dedikasi Memacu Aspirasi.

Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Ts. Mohd Zamri Bin Mohamud, Jurutera Daerah Hulu Langat selaku Pengerusi MTJD kepada YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza Bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya.

Hadir sama untuk sesi Penyerahan Resolusi tersebut adalah YBhg. Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri bin Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar Pengurusan Korporat manakala MTJD diwakili oleh Ir. Mahalil Bin Mokhtar, JD Melaka Tengah ( Timbalan Pengerusi MTJD), Ir. Hanif Bin Latif, JD Kuala Langat ( Bendahari MTJD) dan Ir. Isnil Badril Bin Ismail, JD Kota Setar.

TEKAD MTJD2023-2024 Dedikasi Memacu Aspirasi mengandungi
Lima (5)Teras Dalam Memperkasa Peranan dan Tanggungjawab Jurutera Daerah seperti berikut:-

A. Pelan Pengisian Jurutera Daerah /Jurutera Jajahan
B. Pentadbiran Kontrak
C. Kemajuan Kerjaya dan Penghargaan
D. Penyampaian Perkhidmatan Yang Lebih Berkesan
E. Pengurusan Bakat – Prestasi & Kompetensi , Produktiviti, Kreativiti dan Inovasi

Barisan Jurutera Daerah SeMalaysia JKR sentiasa berusaha untuk memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.