Date: Isnin, November 21, 2016

PENYERAHAN PROJEK KLINIK KESIHATAN & KUARTERS PULAU REDANG, TERENGGANU

 

Pra penyerahan Projek Klinik Kesihatan dan Kuarters Pulau Redang, Terengganu kepada pihak pelanggan iaitu Kementerian Kesihatan Malaysia adalah pada 31 Oktober 2016. Majlis penyerahan penuh dijangka pada awal Disember 2016.

Projek ini dilaksanakan secara in-house (konvensional dalaman) oleh JKR Malaysia dengan kos sebanyak RM 7,800,137.04. Pengurusan projek ini dilaksanakan melalui pejabat Jurutera Daerah Kuala Terengganu, Terengganu.  Klinik Kesihatan ini dibina diatas lokasi tapak kuarters lama yang dikelilingi Bukit Batu dan Hutan bertentangan teluk berdekatan Jeti Awam dan Jeti Nelayan Pulau Redang.

Klinik kesihatan ini menyediakan perkhidmatan secara promotif, pencegahan, rawatan dan pemulihan kepada 150 orang pesakit setiap hari. Selain dari menyediakan perkhidmatan bagi pesakit luar am, klinik turut memberi tumpuan kepada perkhidmatan bagi kumpulan sasaran khas iaitu ibu, kanak-kanak (0-12 tahun), remaja warga tua, dewasa, wanita hamil, keluarga dan juga pekerja.

Kemudahan pembinaan Klinik Kesihatan dan Kuarters di Pulau Redang ini sejajar bagi mempertingkatkan kemudahan kesihatan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada penduduk setempat dan kakitangan melalui penyediaan persekitaran yang lebih kondusif.

Tahniah dan Syabas kepada seluruh pasukan projek dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan projek ini.
 

#jasakepadarakyat

#cawarkitek