Date: Rabu, Januari 25, 2017
Majlis Penyerahan Projek Kolej Kejururawatan Di Kepala Batas (Bertam), Pulau Pinang telah diadakan pada 16 Disember 2016.
 
Majlis menandatangani sijil penyerahan projek di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya ini disempurnakan bersama oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Tuan Ellam Endim Nom, Wakil Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan Encik Hisam Bin Ismail dan YBhg. Datin Belinda binti Abdullah, Pengarah Urusan Jamil Ghani Construction Sdn. Bhd. Majlis disaksikan oleh Cik Noor Jan binti K. H. Biran Kutty, Pengarah Kolej Kejururawatan Bertam, Pulau Pinang dan Puan Nor Erianti Binti Mohd Zulkifli iaitu Wakil Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Wakil Jamil Ghani Constuction Sdn. Bhd. 
 
Penyerahan kunci disempurnakan oleh Pengarah Urusan Jamil Ghani Construction Sdn. Bhd  kepada Wakil Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, Encik Hisam bin Ismail dan diserah kepada Kementerian Kesihatan Malaysia diterima oleh Tuan Ellam Endim Nom.