Date: Selasa, Disember 7, 2021

Majlis penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PENYERAHAN PROJEK MENYIAPKAN BAKI KERJA BAGI PEMBINAAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH NUSAJAYA, JOHOR yang telah diadakan pada 29 September 2021 (Isnin) bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri Johor. Penyerahan Projek ini telah disempurnakan oleh Ir. Hj Alias Bin Mohd Zin Jurutera Awam Penguasa Kanan, PPPNJ, JKR Johor kepada Puan Zaiton Binti Yahya Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) disaksikan oleh YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainudin Menteri Dalam Negeri, YB Tuan Haji Mohd. Solihan bin Badri EXCO Kerja Raya Johor, YBhg. Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz Ketua Setiausaha KDN, YDH IG Tan Sri Acryl Sani bin Hj. Abdullah Sani Ketua Polis Negara dan YBhg. Datuk Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia. Majlis penyerahan ini juga turut diserikan dengan kehadiran  pegawai-pegawai daripada HOPT dan HODT serta wakil pengguna akhir bagi bangunan.

 

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Perunding. Pengurus Program adalah Pengarah, Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) manakala Pegawai Penguasa Projek adalah Pengarah Kerja Raya JKR Johor.

 

Pembinaan projek ini bermula pada 20 November 2014 namun kontraktor utama telah ditamatkan kontrak pada 13 Disember 2019 atas sebab – sebab yang tidak dapat dielakkan. Projek ini telah disiapkan oleh kontraktor Penyiap Baki Kerja awal 2 bulan iaitu pada 7 November 2021 dimana tarikh siap semasa adalah pada 6 Januari 2021 dengan kos  sebanyak RM 10,677,670.74.

 

Projek ini merangkumi

  • 1 Unit Blok Pentadbiran 3 Tingkat
  • 1 Unit Bengkel dan Cawangan Kenderaan Beserta Tempat Letak Kereta Terbuka Berbumbung
  • 1 Unit Kantin
  • 1 Unit Setor Barang Kes Kenderaan Beserta Tempat Letak Kereta Terbuka Berbumbung
  • 1 Unit Setor Peluru
  • 1 Unit Setor Transit
  • 1 Unit Pondok Pengawal
  • 1 Unit Stesen Suis Utama (SSU)
  • 4 Unit Rumah Sampah
  • Rumah Pam & Tangki Sedutan
  • 1 Unit Surau
  • 1 Unit Dewan Serbaguna 2 Tingkat
  • 1 Unit Kuarters Banglo (2 Tingkat Kuarters Kelas C)
  • 2 Unit Kuarters Berbandung (2 Tingkat Kuarters Kelas D)
  • 4 Unit Kuarters Teres (2 Tingkat Kuarters Kelas E)
  • 95 Unit Kuarters Apartment (12 Tingkat Kuarters Kelas F)
  • Serta Lain-Lain Kemudahan Berkaitan.

 

Projek ini turut disiapkan dengan jayanya secara 7 dalam 1 iaitu :

  1. Perakuan Siap Kerja
  2. Lukisan Siap Bina
  3. Penyata Akaun Muktamad
  4. Siap Awal dari Jadual
  5. Certificate Completion and Compliance (CCC)
  6. Zero Defect semasa penyerahan
  7. Coffee Table Book

 

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Persekutuan Negeri Johor JKR, Cawangan Kerja Keselamatan selaku Pengurus Program, HOPT, barisan pakar HODT JKR, Kontraktor Utama Tangawaris Sdn. Bhd., Perunding Arkitek Era 3 Architects Sdn Bhd., Perunding Ukur Bahan ARH Juruukur Bahan Sdn. Bhd., Perunding C&S Leader Scope Consultants Sdn Bhd., Perunding Mekanikal Perunding KMN Sdn. Bhd. dan Perunding Elektrikal PCR Sdn Bhd. serta semua pihak serta agensi yang terlibat kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan output kerja yang amat membanggakan.

COFFEE TABLE BOOK boleh dimuat turun menggunakan QR Code seperti di bawah :