Date: Selasa, September 6, 2022

Majlis Penyerahan Projek Menyiapkan Baki Kerja Tertinggal Bagi Projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas Di Kem Tok Jalai, Alor Setar, Kedah telah berlangsung dengan jayanya pada 30hb Ogos 2022 (Selasa) bertempat di Perkarangan Anjung Blok G4. 

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh Ir. Mohd Fisal Bin Ismail (Pegawai Penguasa) kepada pengguna, Leftenan Kolonel Shah Rizal Bin Chan Shah (Pegawai Memerintah Batalion ke-6 Rejimen Askar Melayu Diraja) dengan disaksikan oleh Ir. Maria Binti Marcus, Pengarah Cawangan Kerja Keselamatan, En. Hamdan Bin Noh (Wakil Pegawai Penguasa) dan Pengarah Urusan Pedati Teguh Sdn. Bhd, Cik Anis Illiyana Bt Zainuddin selaku kontaktor utama bagi projek ini. 

Projek Menyiapkan Baki Kerja Tertinggal Bagi Projek Pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Pelbagai Kelas Di Kem Tok Jalai, Alor Setar, Kedah bermula pada 29hb September 2021 dengan harga kontrak asal RM 8,328,815.50 yang melibatkan skop:

  1. Kerja-Kerja Awalan (Preliminaries)
  2. Kerja Yang Tertinggal
  • Kuarters Kelas C+
  • Kuarters Kelas G1
  • Kuarters Kelas G2
  • Kuarters Kelas G3
  • Kuarters Kelas G4
  • Menara Tangki Air
  • Rumah Sampah 1 dan 2
  • Kerja Luaran
  • Kerja Mekanikal

 

  1. Kerja Pemulihan dan Pembaikan
  • Kuarters Kelas C+
  • Kuarters Kelas G

 

  1. Kerja Baru
  • a) Surface Water Drainage
  • b) Kuarters Kelas G (Roof)

 

  1. Wang Kos Prima (WKP) dan Wang Peruntukan Sementara (WPS)

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Cawangan Kerja Keselamatan, JKR Malaysia (HOPT), Head of Design Team yang terdiri daripada HODT Arkitek, HODT Ukur Bahan, HODT Sivil & Struktur, HODT Mekanikal, HODT Elektrikal dan HODT Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga yang telah merancang dan menyelaras projek ini.

Tidak lupa juga penghargaan kepada semua Wakil Pegawai Penguasa di Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah iaitu WPP Utama Pasukan Projek Persekutuan Negeri, WPP Arkitek, WPP Mekanikal dan WPP Elektrikal yang komited dalam merealisasikan projek ini.

Tahniah diucapkan kepada pihak:

Kontraktor utama, PEDATI TEGUH SDN.BHD, NSC Elektrik, RASHIDI RESOURCES SDN. BHD. dan NSC Mekanikal, AMESYA SERVICES SDN. BHD serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.

 

Tahniah dan syabas kerana projek ini berjaya disiapkan pada 28hb Mei 2022 dengan memenuhi kriteria siap 12 dalam 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja, CPC
  2. Lukisan Siap Bina
  3. Penyata Akaun Muktamad, SOFA
  4. Penjimatan kos projek sebanyak RM 165,943.56 dari kos kontrak asal
  5. Pendaftaran Aset Tak Alih & Inventori
  6. Operation & Maintenance Manual (O&M)
  7. Zero Major Defects
  8. Zero Lost Time Injures
  9. Coffee Table Book
  10. Mencapai Kepuasan Pelanggan
  11. Siap Dalam Tempoh Kontrak
  12. Siap Tanpa Lanjutan Masa (EOT)

Semoga dengan kejayaan projek ini akan dapat menetapkan penanda aras baru JKR selaras dengan Visi Jabatan serta ianya dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada 65 keluarga warga tentera di Kem Tok Jalai Kedah.