Date: Isnin, Februari 1, 2021

Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Hospital Alor Setar, Kedah (Reka & Bina) telah berlangsung dengan jayanya pada 1 Februari 2021 (Isnin) bertempat di Jabatan Post Anaesthesia Care Unit (PACU), Blok E, Hospital Alor Setar.

Majlis penyerahan ini diadakan secara tertutup dengan bilangan kehadiran jemputan yang terhad dan mematuhi Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Hj. Ibrahim bin Ahmad, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah dan turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Fikri Bin Ujang, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kedah.

Projek Naiktaraf Hospital Alor Setar, Kedah (Reka & Bina) telah bermula pada 26 Disember 2017 dengan harga kontrak asal RM28.09 juta yang melibatkan skop kerja di Blok E yakni:-

  1. Kerja elektrik dan mekanikal Jabatan CSSD & Farmasi di Aras bawah Blok E
  2. Pembaharuan Jabatan di Aras 1 Blok E bagi Jabatan Dewan Bedah, Jabatan Endoskopi dan PACU (Post Anaesthesia Care Unit)
  3. Naiktaraf Pencawang untuk Blok E.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Head Of Project Team, Bahagian Pengurusan Projek 1, Cawangan Kerja Kesihatan, JKR Malaysia, Head of Design Team yang terdiri daripada HODT Arkitek, HODT Sivil & Struktur, HODT Geoteknik, HODT Ukur Bahan, HODT Mekanikal, HODT Elektrikal dan HODT Alam Sekitar dan Kecekapan Tenaga yang telah merancang dan menyelaras projek ini.

Tidak lupa juga penghargaan kepada semua Wakil Pegawai Penguasa di Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah iaitu WPP Utama Pasukan Projek Persekutuan Negeri, WPP Arkitek, WPP Ukur Bahan, WPP Mekanikal dan WPP Elektrikal yang komited dalam merealisasikan projek ini.

Tahniah diucapkan kepada pihak ;

Kontraktor utama, KCJ ENGINEERING SDN.BHD & Pasukan Perunding yang terdiri daripada:

  1. Perunding Elektrikal & Mekanikal: AYA ENGINEERING SDN.BHD.
  2. Perunding Arkitek: A&R ARCHITECTS SDN. BHD.
  3. Perunding Fasiliti Kesihatan: MEDICONSULT SDN. BHD.
  4. Perunding ICT: MEDICONSULT HIS SDN. BHD.
  5. Perunding Sivil & Struktur: MRAK JURUTERA PERUNDING SDN. BHD.
  6. Perunding Ukur Bahan: ZUL_QS CONSULT;

serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.

Tahniah dan syabas kerana projek ini dapat disiapkan pada 31 Disember 2020 dengan memanuhi kriteria siap 6 in 1 iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja, CPC
  2. Lukisan Siap Bina
  3. Penyata Akaun Muktamad, SOFA
  4. Penarafan QLASSIC CIDB
  5. Penjimatan kos projek
  6. Coffee Table Book

Semoga dengan kejayaan projek ini akan dapat menetapkan penanda aras baru JKR selaras dengan visi Jabatan serta ianya dapat memberi manfaat kepada seluruh kakitangan Hospital Alor Setar dan rakyat negeri Kedah amnya.