Date: Selasa, Ogos 9, 2016


Pejabat & Stor (Penguatkuasaan & Pematuhan) Kastam Melaka, Ayer Keroh
Penyerahan Projek Pejabat & Stor (Penguatkuasaan & Pematuhan) Kastam Melaka telah berjaya disempurnakan pada 4 Ogos 2016 oleh Wakil Pejabat Tapak, Puan Norzailis Zaidah Binti Musa. Beliau mewakili Y.Bhg. Datuk Ir. Hj Khalid Bin Omar, Pengarah JKR Melaka, menyerahkannya kepada Wakil Pelanggan, Tuan Ahmad Hafidzi Bin Harun dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Projek ini dilaksanakan secara in-house (konvensional dalaman) oleh JKR Malaysia dengan kos Rm 8.8 juta. Pembinaan Pejabat & Stor Kastam ini mengguna pakai teknologi Industrialised Building System (IBS) dimana bahagian bawah bangunan akan menempatkan barangan-barangan rampasan manakala aras 1 & 2 menempatkan pejabat operasi penguatkuasaan & pematuhan.(Operasi Bangunan 24jam)
Kedudukan Bangunan Pejabat adalah diantara Kawasan Perumahan Kastam & Blok Pentadbiran sedia ada, dimana Jabatan Kastam telah meminta pihak JKR mengadakan penghubung diantara 2 blok berkenaan melalui laluan berbumbung yang menghubungkan kedua-dua bangunan tersebut.
Keperluan pembinaan Pejabat & Stor Kastam ini sejajar bagi memberi kemudahan dan bagi menampung keperluan menyimpan barangan rampasan dimana kes –kes rampasan mengambil masa untuk dibicarakan.
Tahniah dan Syabas kepada seluruh pasukan projek.
Kontraktor : Tabalan Dagang Sdn Bhd
Kontraktor : Tabalan Dagang Sdn Bhd
#jasakepadarakyat
- 1173 bacaan