Date: Rabu, November 17, 2021

Penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI KEM PASUKAN GERAKAN AM (PGA), ULU KINTA, PERAK

telah diadakan pada 2 November 2021 (Selasa) bertempat di Kem PGA Ulu Kinta, Perak.

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Hamdan Bin Ali, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak kepada YBrs. ACP Mohd Noh bin Khamis, Timbalan Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Perak

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Pengurus Program dan HODT  serta Jurutera Daerah JKR Daerah Kinta telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor yang terpilih iaitu Setia Tenggara Sdn. Bhd dengan siling peruntukan berjumlah RM 2,500,000.00 dan harga kontrak terlaras adalah RM 2,350,350.00.

Skop  kerja projek ini merangkumi kerja-kerja pembaikan cerun yang melibatkan kerja-kerja micropile, soil nailing, grid beam, buttress wall, drainage system dan juga penanaman rumput. Ia telah disiapkan secara 6 dalam 1 dan berjaya diserahkan kepada pelanggan pada hari CPC dikeluarkan iaitu:

  1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);
  2.  Penyata Akaun Muktamad (SOFA);
  3. Lukisan siap bina (as-built drawing);
  4. Serahan projek pada tarikh siap projek
  5. Penjimatan kos projek
  6. Zero accident dalam tempoh pembinaan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek Bahagian Forensik Tanah Runtuh Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Daerah Kinta, Kontraktor Setia Tenggara Sdn. Bhd dan semua pihak serta agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyiapan projek ini.