Date: Isnin, Jun 28, 2021

Penyerahan projek siap kepada pelanggan bagi PROJEK PEMBAIKAN CERUN DAN KERJA-KERJA BERKAITAN DI MENARA MATRADE, JALAN SULTAN HAJI AHMAD SHAH, KUALA LUMPUR telah diadakan pada 24 Jun 2021 (Khamis) bertempat di Aras 22 , Menara MATRADE. 

Penyerahan projek ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Norman Bin Md. Rabani, Pengarah Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kepada YBrs. En. Mohd Mustafa Bin Abdul Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE.

Kaedah pelaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman oleh Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) selaku Pengurus Program dan HODT   serta  JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penguasa untuk menyelia projek ini. Projek secara tender terbuka ini telah dilaksanakan oleh kontraktor yang terpilih iaitu Xpress Desire Sdn. Bhd dengan siling peruntukan berjumlah RM 1,300,000.00 dan harga kontrak terlaras adalah RM 1,083,008.00.

Skop   kerja projek ini merangkumi kerja-kerja pembaikan cerun yang melibatkan kerja-kerja soil nailing, pembinaan grid beam, horizontal drain, chute drain dan juga penanaman rumput. Ia telah disiapkan secara 6 dalam 1 dan berjaya diserahkan kepada pelanggan pada hari CPC dikeluarkan iaitu: 

1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC);

2. Penyata Akaun Muktamad (SOFA);

3. Lukisan siap bina (as-built drawing);

4. Serahan projek pada tarikh siap projek

5. Penjimatan kos projek 

6. Zero accident dalam tempoh pembinaan

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Pasukan Projek JKR WP Kuala Lumpur, Cawangan Kejuruteraan Cerun, Kontraktor Express Desire Sdn. Bhd dan semua pihak serta agensi yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyiapan projek ini.