Date: Selasa, Ogos 9, 2016
 
Pemuliharaan Rumah Api Pulau Undan, Melaka
 
Penyerahan Projek Pemuliharaan Rumah Api Pulau Undan di Selat Melaka yang telah berjaya disempurnakan pada 5 Ogos 2016, oleh Y.Bhg. Datuk Ir. Hj Khalid Bin Omar, Pengarah JKR Melaka kepada Jabatan Laut Malaysia.
 

Projek Konservasi ini dilaksanakan secara in-house (konvensional dalaman) oleh JKR Malaysia dengan kos RM 5 juta. Mengambil masa selama 4 tahun, ia meliputi kajian penyelidikan dan makmal (2012 - 2013), kerja mendokumentasi dan lukisan terukur (2013 - 2014) dan pelaksanaan projek (2014 - 2016) tanpa sebarang pertambahan kos (VO).
 
Rumah Api Pulau Undan ini merupakan rumah api yang kedua tertua di Malaysia dibina pada tahun 1880 & masih berfungsi hingga kini. Pendekatan konservasi yang digunakan adalah secara pengekalan (preservation) di blok rumah api, kantin, stor dan tandas asal dan penambahbaikan (rehabilitation) di sebahagian kantin rumah api seperti 'rainwater havesting', panel solar dan rawatan air 'reverse osmosis'.
 
Walaupun rumah api ini belum diwartakan sebagai bangunan warisan, tetapi atas justifikasi kepentingan bangunan dan sejarah serta struktur senibina yang di kaji oleh JKR sejak 2012, projek ini dilaksanakan dengan mengamalkan (best practice in conservation principal and ethics) berdasarkan garis panduan Jabatan Warisan Negara (JWN), ICOMOS dan UNESCO.
 
Penyerahan bangunan ini tepat pada masa yang dirancang oleh JKR, bagi menerima kedatangan delegasi seramai 120 orang dari seluruh dunia pada 6 Ogos 2016 (Sabtu), sempena negara Malaysia menjadi tuan rumah kepada Persidangan Pelayaran Antarabangsa.
 
 
Tahniah dan Syabas kepada seluruh pasukan projek.

Pemantauan bersama : Jabatan Warisan Negara Wilayah Selatan
Kontraktor : IzinRia Sdn Bhd

#jasakepadarakyat