Date: Khamis, September 9, 2021

Projek Rintis Lampu Solar LED untuk Program Lampu Jalan Kampung (LJK) untuk dua perkampungan Orang Asli di Royal Belum, Perak iaitu Kampung Sungai Tiang & Kg Sungai Kejar. Projek ini berjaya disiap pada 3hb September 2021, iaitu 20 hari awal dari tarikh siap sebenar. Sebanyak 30 unit lampu solar LED telah dipasang yang memberi manfaat kepada lebih daripada 200 orang penduduk kampung. Lampu solar LED juga adalah kaedah yang paling efektif untuk kawasan di luar liputan rangkaian grid daripada pihak utiliti.

Perlaksanaan projek ini memerlukan kajian Heritage Impact Analysis (HIA) disebabkan lokasi perkampungan yang berada di dalam kawasan Taman Negeri Perak yang diisytiharkan sebagai kawasan Warisan. Keperluan HIA ini adalah untuk memastikan perlaksanaan pemasangan Lampu Solar ini tidak menjejaskan ekosistem dan nilai warisan. Laporan ini telah disediakan oleh konservator bertauliah Dr Mohd Sabere bin Sulaiman dari Bahagian Pakar Konservasi, Cawangan Akitek, JKR Malaysia

Sesi penyerahan projek telah diadakan pada 4hb September 2021 yang dihadiri oleh Dato' Norison bt Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan Ir Noor Ashikin bt Md Tamimi (Pengarah Bahagian Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, JKR Malaysia).

Projek diserahkan oleh Ir Rosnizah bt Ghazali (Ketua Jurutera Elektrik, JKR Elektrik Perak) selaku Pegawai Penguasa, kepada Dato' Mohd Fadzli b Mohd Kenali (Setiausaha Bahagian Prasarana, KPLB)

Tahniah diucapkan kepada Unit Perunding Tenaga Lestari, Cawangan Kejuruteraan Elektri (CKE), JKR Malaysia; JKR Elektrik Perak & pihak kontraktor Silver Handle Sdn. Bhd. atas kejayaan penyiapan projek ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Unit Perunding Rekabentuk Jalan & Pengangkutan, CKE sebagai Ketua Pasukan Rekabentuk/Perolehan (Head of Design Team) dan Unit  Unit Pensijilan Bahan & Standard, CKE sebagai penasihat teknikal.