Date: Jumaat, Ogos 27, 2021

Sesi Penyerahan Projek Siap dan Pembukaan Laluan FT366 Jalan Temiang – Pantai bagi Projek Membina Jalan Penghubung Ke Kawasan Pembangunan Baru Bermula 3km Selepas Interchange Temiang Ke FT86 Jalan Pantai, Seremban telah berlangsung dengan jayanya pada 26 Ogos 2021 (Khamis) bertempat di Pejabat Tapak Projek, Seremban, Negeri Sembilan.

Sesi pembukaan Jalan FT366, Jalan Temiang-Pantai telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya bersama YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, Kementerian Kerja Raya.

Sebelum itu, penyerahan projek siap kepada pihak pelanggan telah ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Zahrul Hakim bin Abdullah, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan dan Penswastaan, wakil bagi pihak Kementerian Kerja Raya melalui Pengarah Projek (PD) Ir. Zainal bin Tumian, Jurutera Awam Penguasa Kanan, UPK Zon Selatan 2, Cawangan Jalan.

Turut hadir adalah YBhg. Dato’ Ir. Hj. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra) diiringi oleh Ir. Mohamed Amin bin Kasim, Pengarah Kanan Cawangan Jalan dan Ir. Mohd Shahrom bin Ahmad Saman, Pengarah Pakar Kejuruteraan Jalan & Jambatan, YBrs. Ir. Haji Ibrahim bin Esa, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, YBrs. Ir. Hasmi bin Ahmad, Pengarah Pembinaan Pengurusan Projek Khas Jalan, Cawangan Jalan, Ir. Ahmad Nadzri bin Abdul Majid, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Jalan selaku Ketua Pasukan Projek (HOPT) dan Ir. Izmal bin Ibrahim, Jurutera Awam Penguasa Jalan wakil kepada Pengarah JKR Negeri Sembilan.

Turut serta memeriahkan sesi lawatan ini adalah pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Negeri Sembilan, Unit Projek Khas Zon Selatan 2 dan Kontraktor Lapangan Kota Sdn. Bhd.

Projek ini dilaksanakan kaedah perolehan secara reka dan bina dengan harga kontrak sebanyak RM181,541,571.30 kepada kontraktor Lapangan Kota Sdn. Bhd. Tempoh pembinaan projek bermula pada 01 Ogos 2017 dan siap pada 23 Julai 2021. Projek telah berjaya disiapkan awal 17 hari dari tarikh kontrak asal. Tahniah diucapkan!

 

Skop projek ini melibatkan pembinaan jalan baru mengikut Standard JKR R5 seperti berikut :

  • pembinaan jalan baru 4 lorong 2 hala sepanjang 1.60 kilometer;
  • pembinaan jalan baru 2 lorong 2 hala sepanjang 5.84 kilometer;
  • 3 buah jambatan;
  • 1 persimpangan bulatan;
  • 1 persimpangan di Jalan Pantai, FT86;
  • penstabilan cerun; dan
  • kerja-kerja elektrik (pemasangan lampu jalan & lampu isyarat).

 

Projek ini berjaya diserahkan kepada pelanggan secara 17 dalam 1 iaitu :

  1. Serahan Sijil Certificate of Practical Completion;
  2. Serahan Lukisan Siap Bina;
  3. Penyata Akuan Muktamad (SOFA);
  4. Penyiapan awal dari tarikh siap semasa (Awal 17 hari);
  5. Penjimatan sebanyak RM10,318,428.70;
  6. Zero Major Defect;
  7. Pematuhan sepenuhnya Kualiti Alam Sekitar;
  8. Pematuhan sepenuhnya SPKKP;
  9. Zero Lost Time Injuries (LTI), sifar kemalangan;
  10. Pematuhan Penuh SOP Covid -19 (Tiada kes positif di tapak);
  11. Program CSR (Turapan Jalan Kampung & pembaikan longkang di bersebelahan Lot);
  12. Penyerahan Coffee Table Booklet;
  13. Pewartaan Awal sebagai Jalan Persekutuan (Jalan Temiang-Pantai FT366);
  14. Inovasi - Cerun Green Concept;
  15. IRI jalan baru 100% pematuhan;
  16. Penyediaan Jambatan 1 yang juga dapat menampung wild life crossing; dan
  17. Pematuhan RSA (RSA Stage 4, Part 3 telah selesai).

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia, UPKZS 2, Cawangan Jalan, HOPT, HODT, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan pihak kontraktor serta semua pihak yang terlibat dalam memberikan kerjasama dan komitmen yang padu dalam melaksanakan projek ini.