Date: Khamis, Julai 20, 2023

18 Julai 2023 – Majlis Penyerahan Sijil EKSA Kendiri (DIY) kepada JKR Negeri Perlis telah diadakan semasa Mesyuarat Pengarah (MP) JKR Malaysia Bil.2/2023 di Menara Kerja Raya (Blok G).

Sesi penyerahan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Ketua Pengarah Kerja Raya kepada YBrs. Ir. Mohd Shahril bin Mohd Said, Pengarah JKR Negeri Perlis.

Tahniah dan Syabas kepada warga JKR Negeri Perlis atas pencapaian pensijilan EKSA Kendiri (DIY) tahap Cemerlang daripada pihak MAMPU. JKR Negeri Perlis juga merupakan jabatan yang pertama di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Perlis yang memperolehi pensijilan EKSA Kendiri (DIY) ini.

Sepertimana sedia maklum, Ibu Pejabat JKR Malaysia telah menerima mandat oleh pihak MAMPU untuk melaksanakan pengauditan dan pengesyoran Audit Pensijilan EKSA Kendiri (DIY) terhadap seluruh agensi seliaan di bawah Ibu Pejabat JKR Malaysia iaitu JKR Negeri, Wilayah, KESEDAR, KETENGAH mahupun JKR Daerah.

Dengan pensijilan ini diharapkan akan meningkatkan lagi tahap pengurusan persekitaran kerja yang lebih kondusif di samping menggalakkan warga JKR yang lebih inovatif seterusnya menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan kualiti perkhidmatan sektor awam masa kini.

Usaha dan komitmen warga kerja JKR Malaysia dalam merealisasikan EKSA DIY amatlah diharapkan dalam mencerap budaya organisasi berprestij tinggi sekaligus memperkukuhkan inspirasi ‘Malaysia Madani’ pada hari ini.