Labuan- 3 Januari 2025, telah berlangsung Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak Secara 2 in 1 Bagi Pembinaan Bangunan Baharu 5 Bilik Darjah, Bilik Mesyuarat dan lain-lain Kemudahan di SMK Pantai IWBS, WP Labuan (Wea1014) (Tawaran Semula) bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah, JKR WP Labuan.
Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd. Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR WP Labuan. Majlis dimulakan dengan sesi penyerahan Surat Setuju Terima dan Dokumen Kontrak kepada kontraktor yang berjaya iaitu Bintang Kejora Sdn. Bhd. dan diteruskan dengan sesi menandatangani surat Aku Janji Kontraktor yang disaksikan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd. Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah, wakil Jabatan Pendidikan WP Labuan dan Ketua-Ketua Bahagian JKR WP Labuan.
Skop bagi projek ini melibatkan seperti :-
- Meroboh bangunan bengkel kejuruteraan ;
- Membina blok akademik yang mengandungi 5 bilik darjah;
- Bilik mesyuarat dan lain-lain kemudahan.
Projek ini telah direka bentuk secara konvensional dalaman oleh pihak JKR. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang berjaya. Semoga projek dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam tempoh pelaksanaan ditetapkan iaitu 104 minggu. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 14 Januari 2025 dan pembinaan dijangka siap pada 11 Januari 2027.
JKR sebagai agensi pelaksana akan melaksanakan amanah yang diberikan dengan memastikan projek disiapkan mengikut kualiti, kos, dan tempoh masa yang telah ditetapkan di dalam kontrak.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 814 bacaan