Labuan, 6 Januari 2025 – Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Mesyuarat Pra-Pembinaan bagi Projek Menyiapkan baki kerja Kuarters Kakitangan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan (Tender Semula).
Majlis Penyerahan SST telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Hj. Mohd. Faizul Bin Mohd Ali Hanapiah, Pengarah JKR WP Labuan kepada kontraktor yang berjaya dan disaksikan oleh YBrs. Dr. Francis Paul, Pengarah Jabatan Kesihatan WP Labuan serta Ketua-Ketua Bahagian JKR WP Labuan.
Skop projek adalah:-
- Meroboh kuarters lama 1 tingkat sedia ada;
- Membina 38 unit kuarters dari jenis kelas D berkembar, blok F dan blok G pangsa 5 tingkat; dan
- Blok sokongan seperti pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), rumah pam, tangki simpanan air, STP dan rumah sampah.
Projek ini telah direka bentuk secara konvensional dalaman oleh pihak JKR sendiri. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak kontraktor yang berjaya. Semoga projek dapat dilaksanakan dengan jayanya dalam tempoh pelaksanaan ditetapkan iaitu 157 minggu. Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 7 Januari 2025 dan pembinaan dijangka siap pada 10 Januari 2028.
JKR dan pihak kontraktor akan bekerjasama sebaiknya bagi memastikan projek ini dapat disiapkan dalam tempoh masa,kos dan kualiti yang ditetapkan bagi membolehkan pihak pelanggan untuk menikmati kemudahan infrastruktur tersebut.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 418 bacaan