JKR Langkawi, 9 April 2025 – Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Mesyuarat Pra-Pembinaan bagi projek Pembinaan Gedung Senjata dan Stor Peluru Markas Wilayah Laut 3, Langkawi telah berlangsung di Dewan Seminar JKR Daerah Langkawi.
Majlis Penyerahan SST kepada kontraktor berjaya telah disaksikan oleh Puan Norazah binti Zainal, Timbalan Setiausaha Bangunan (Pemantauan Projek), Kementerian Pertahanan Malaysia; Kdr Shamsudin bin Mat Isa (TLDM), Pegawai Staf Bina 1, Markas Tentera Laut (Bahagian Perancangan dan Pembangunan); Kdr. Mohd Shahrul Nizam Bin Mohd Noor (TLDM), Pegawai Memerintah KD Sultan Badlishah, Markas Wilayah Laut 3; Ir. Munira binti Mat Zain, Jurutera Awam Kanan, Bahagian Pengurusan Projek 2, Cawangan Kerja Keselamatan dan Ir. Ts. Khairul Azlan bin Abdullah, Jurutera Daerah JKR Langkawi selaku Pegawai Penguasa yang dilantik bagi projek ini serta wakil pegawai dari HODT Ibu Pejabat.
Skop projek melibatkan :
- Bina baru 1 Blok Gedung Senjata; dan
- Bina baru 1 Blok Stor Peluru.
Projek ini di bawah Rancangan Malaysia ke 12 Rolling Plan 3 (RMK12 RP3) dan dilaksanakan secara Konvensional Dalaman. Sekalung tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya dengan tempoh pelaksanaan selama 76 minggu. Tarikh Milik Tapak projek ini adalah pada 9 April 2025 dan dijangka siap pada 22 September 2026.
JKR selaku agensi pelaksana kerajaan memikul amanah yang telah diberikan dengan baik bagi memenuhi aspirasi kerajaan agar projek ini dapat disiapkan dengan sempurna, berkualiti dan tepat dalam tempoh masa yang telah ditetapkan dalam kontrak.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 451 bacaan