Date: Rabu, November 4, 2020

Penyerahan Surat Setuju Terima tender (SST) bagi projek Cadangan Membina Baharu Jambatan Sungai Perangin, Oriental Village, Langkawi, Kedah telah diadakan pada 20 Oktober 2020 bertempat di Cawangan Jalan, Tingkat 15, Blok F, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur. Perolehan projek ini telah dilaksanakan secara tender terbuka dan kontraktor yang berjaya adalah Cakra Makota Sdn. Bhd.

Kaedah perlaksanaan projek ini adalah secara Konvensional Dalaman dengan kerjasama di antara HOPT iaitu Bahagian Pengurusan Projek Utara (BPPU), Cawangan Jalan dan semua Pasukan HODT terlibat. Pegawai Penguasa projek ini adalah Jurutera Daerah JKR Langkawi dan pihak pelanggan adalah Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Tempoh perlaksanaan adalah selama 78 minggu daripada tarikh milik tapak pada 30 Oktober 2020 sehingga 28 April 2022.

Projek ini adalah pembinaan jambatan satu rentang sepanjang 25 meter dan lebar 12.5 meter. Jambatan ini adalah mengganti pembetung kekotak sedia ada yang merupakan laluan utama bagi para pelancong untuk ke kereta kabel Langkawi dan Hotel Berjaya.

Pada 28 Oktober 2020 telah diadakan Mesyuarat Pra Pembinaan secara fizikal dan maya dipengerusikan oleh Pegawai Penguasa. Selain itu, pada 31 Oktober 2020, Pengarah Kanan Cawangan Jalan, Ir. Mohamed Amin bin Kasim telah meluangkan masa untuk membuat lawatan ke tapak projek untuk melihat sendiri keadaan sebenar di tapak.

Semoga perlaksanaan projek berjalan lancar dan pembinaan jambatan ini dapat mengurangkan kesesakan dan memberi keselesaan pada pengguna terutamanya pelancong di kawasan Pulau Langkawi.

3D View Jambatan