Date: Rabu, November 11, 2020

Bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Aras 33 Blok G Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 10 November 2020, telah berlangsung Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek PEMBINAAN BLOK TAMBAHAN HOSPITAL SERI MANJUNG, PERAK – TENDER SEMULA

Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) Tender) kepada kontraktor yang berjaya iaitu KAMALBINA SDN BHD.

Turut hadir bersama adalah YBhg. Datuk Ir. Razdwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Ar. IDr. Azman bin Md. Hashim, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan, wakil Bahagian Pengurusan Projek 1 (BPP1), pegawai-pegawai Cawangan Kerja Kesihatan (CKK) dan perunding kontraktor.

JKR bertindak selaku agensi pelaksana projek kerajaan yang memikul amanah serta aspirasi kerajaan berharap kontraktor yang dilantik dapat menyiapkan projek dengan menepati masa, kualiti berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan dan kos yang optimum.