Date: Jumaat, November 13, 2020

Bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya Aras 33 Blok G Ibu Pejabat JKR Malaysia pada 12 November 2020, telah berlangsung Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi projek-projek pengurusan fasiliti dan penyenggaraan yang dilaksanakan oleh Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Penyerahan Surat Setuju Terima ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman, Ketua Pengarah Kerja Raya, dengan penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang berjaya seperti berikut:

  1. D’Sanjung Holdings Sdn. Bhd. - Projek Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan (FMM) Di Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur;
  2. Niat Suci Sdn. Bhd. – Projek Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan (FMM) Di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan
  3. Kemboja Champ Sdn. Bhd. – Projek Pengurusan Fasiliti Dan Penyenggaraan (FMM) Di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Cawangan Langkawi, Kedah

Turut hadir bersama adalah YBhg. Dato' Ir. Haji Ahmad Redza bin Ghulam Rasool, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), YBhg. Datuk Ir. Ruslan bin Abdul Aziz yang menjalankan tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), YBrs. Shamsulakmar Bin Abdul Munir, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, YBrs. Ir. Maria Binti Marcus, Pengarah JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, wakil Bahagian Fasiliti Bangunan Am 1 & 2, pegawai-pegawai Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan dan Kontraktor.

JKR bertindak selaku agensi pelaksana projek kerajaan yang memikul amanah serta aspirasi kerajaan berharap kontraktor yang dilantik dapat melaksanakan kontrak pengurusan fasiliti dan penyenggaraan dengan betul, cekap dan berkesan agar dapat memastikan aset premis berfungsi dalam keadaan yang baik serta dapat mengembirakan pihak pelanggan nanti.