Date: Khamis, Disember 24, 2020

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) dan Perlantikan Pegawai Penguasa bagi Projek Kuarters Klinik Kesihatan Aring, Gua Musang, Kelantan telah berlangsung pada 23 Disember 2020 bertempat di Aras Mezzanine, Blok G, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

 

Penyerahan dokumen Surat Setuju Terima (SST) Tender kepada kontraktor yang berjaya iaitu NOVAMI HOLDINGS SDN. BHD. dan Penyerahan Surat Perlantikan Pegawai Penguasa kepada YBrs. Ir. Shukri Bin Ishak, Pengarah Unit JKR KESEDAR, Kelantan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ir. Ruslan Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan). Majlis turut disusuli dengan bacaan dan tandatangan Ikrar Aku Janji Kontraktor untuk melaksanakan projek ini dengan tekun dan jayanya.

Turut hadir bersama adalah YBrs. Tuan Hassan Bin Muda, Timbalan Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan YBrs Ir. Hjh. Atikah Binti Abdul Hamid, Pengarah Khidmat Rekabentuk, CKAS. Pegawai-pegawai daripada Cawangan Kerja Kesihatan selaku Head Of Project Team 3 (HOPT3) dan Cawangan Sektor Pakar JKR selaku Head Of Design Team (HODT) yang terlibat di dalam projek ini turut hadir bagi meraikan kejayaan peringkat permulaan projek ini.

 

Secara ringkasnya, skop utama projek ini ialah pembinaan 2 unit kuarters  kelas D, 8 unit Kuarters kelas F, dan 16 unit Kuarters kelas G dengan kaedah tender secara terbuka melalui pembinaan secara Industrialised Building System (IBS).

 

JKR selaku agensi pelaksana projek kerajaan yang memikul amanah serta aspirasi kerajaan berharap kontraktor yang dilantik dapat menyiapkan projek dengan menepati masa, kos dan kualiti seperti yang dijanjikan agar dapat memberi kemudahan yang lebih baik kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).