Date: Jumaat, November 6, 2020

Pada 6 November 2020 jam 4.30 petang, bertempat di Aras 33, Blok G, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, telah berlangsungnya acara ringkas Penyerahan Watikah Bagi Penempatan Pegawai Gred Utama, yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.

Tiga (3) penerima watikah tersebut adalah seperti berikut:

​1. YBhg. Datuk Ir. Radzwan bin Kasim, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) ditukarkan ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), Jabatan Kerja Raya, Kementerian Kerja Raya sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar), memangku Gred Utama A berkuat kuasa mulai 9 November 2020;

2. YBrs. Ar. Ibrahim bin Isa, Pengarah Rekabentuk Gred Utama C di Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia ditukarkan ke Cawangan yang sama sebagai Pengarah Kanan, memangku Arkitek Gred Utama B berkuat kuasa mulai 9 November 2020; dan

3. YBrs. Encik Zulkipli bin Nasri, Pengarah Pembinaan memangku Gred Utama C di Pasukan Projek Khas 1, Cawangan Dasar & Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia ditukarkan ke JKR Negeri Perak sebagai Pengarah, memangku Gred Utama C berkuat kuasa mulai 9 November 2020.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan, dan selamat menjalankan tanggungjawab.