Date: Selasa, Disember 8, 2020

Pada 8 Disember 2020 jam 1.30 petang, bertempat di Aras 33, Blok G, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia, telah berlangsungnya acara ringkas Penyerahan Watikah Bagi Penempatan Pegawai Gred Utama, yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, YBhg. Dato' Ir. Haji Mohamad Zulkefly bin Sulaiman.

 

Lima (5) penerima watikah tersebut adalah seperti berikut:

1. YBrs. Ir. Badioezaman bin Ab. Khalik, Jurutera Awam Gred Utama C, Pengarah Reka Bentuk, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur ditempatkan sebagai Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, Jabatan Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama B berkuatkuasa mulai 7 Disember 2020.

 

2. YBrs. Sr. Mohd Yusoff bin Othman, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am ditempatkan sebagai Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya memangku Juruukur Bahan Gred Utama C berkuatkuasa mulai 7 Disember 2020.

 

3. YBrs. Sr. Siti Baizura binti Mohamad Noor, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas 1 ditempatkan sebagai Pengarah, Cawangan Kerja Banguna Am 2, Jabatan Kerja Raya memangku Juruukur Bahan Gred Utama C berkuatkuasa mulai 7 Disember 2020.

 

4. YBrs. Ir. Noor Ashikin binti Md Tamimi, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik ditempatkan sebagai Pengarah Khidmat Pakar, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kerja Raya memangku jurutera Elektrik Gred Utama C berkuatkuasa mulai 7 Disember 2020.

 

5. YBrs. Ir. Hajah Atikah binti Abdul Hamid, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur ditempatkan sebagai Pengarah Reka Bentuk, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, Jabatan Kerja Raya memangku Jurutera Awam Gred Utama C berkuatkuasa mulai 7 Disember 2020.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan, dan selamat menjalankan tanggungjawab.